<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/972759691822227792?origin\x3dhttps://adfaneilwrites.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OBLIVIATE;
Muse
Specs
Way Out
Credits
+ follow Dashboard
TAKE 2
Tuesday, 12 February 20135:47 pm


Pelangi menghiasi dada langit selepas  hujan renyai tadi. Senyuman terukir halus di bibir Ad. Dah lama jugak tak tengok pelangi. Cantik pulak.
“Sejak zaman bila pulak kau minat dengan pelangi ni,Ad? Selama ni takdenya kau nak tercangak kat tingkap tu just for the pelangi. Kes baru ke?” Han dah tersengih tengok wajah Ad berubah.
Ni saja nak menyakat aku mangkuk ayun ni. “Saja aku nak cari inspirasi nak melukis.”
Sengih Han masih sama. Ceh! Ingat aku makan umpan ke? “Mesti teringat awek siang tadi kan? Macam ada minat je.”
Minat? Aku bukan macam kau la Han. “Takde bendanya aku nak minat dengan awek tu lah. Not in my kamus hiduplah minat segala bagai. Aku bercinta dengan coffee je lah. Aman damai bahagia.”
Aik,bila aku sebut pasal cinta? Sah mamat yang sorang ni dah tangkap cintan dengan itu awek. Wohoo! “Bila pulak word cinta keluar dari mulut aku? Ni kes berat,dude! Kau memang dah terjerat lah ni maknanya,kan?”
Alamak! Gila! Kena letrik volt berapa tadi? “Minat yang kau usulkan kat aku tu bukan ke memang kau nak tanya pasal tu. Aku alah sikit benda macam ni.” Aku mana kenal awek tu,dude.
Gastrik pulak dengar alasan si Romeo ni. Tak lama lagi Don Juan la tu. Muka no feeling langsung tapi hati dah goyah la tu. Han mengukir segaris senyum buat Ad yang bermuka toya takde perasaan.

Coklat Whittaker’s di tangan digigit sikit. Oh! Chocolate crave! Patut borong banyak-banyak tadi. Tia menggumam sendiri.
“Hoi!” Durrah menyergah Tia yang sibuk menghadap komputer ribanya. Sebenarnya sibuk makan coklat.
“Apa la?” Tangan memegang Whittaker’s yang dah tinggal separuh. Heaven giler dapat makan coklat malam-malam camni.Wohoo!
Hantu coklat betullah minah sorang ni. Tak tengok kiri kanan langsung. Entah bismillah ke tak ni. Durrah menggeleng. “Mintak sikit. Aku tengah crave ni.”
“Esok pi beli lagi kat duty free.” Tia sudah menjelirkan lidah pada Durrah. Mulutnya penuh dengan kekacang.
Durrah menggeleng. Kedekut tak boleh pakai betul budak ni. Akhirnya Durrah sekadar tersenyum. Perangai macam budak-budak. Pandangan Tia masih pada komputer ribanya. Entah apa yang sedang dilakukannya Durrah sendiri tidak tahu. Paling pun dia akan chat dengan kawan-kawan jauhnya.
“Oh, Dec!” tiba-tiba Tia menjerit. Lucky me today.
“ Oit! Apa jerit-jerit ni? Pecah jugak spiral telinga aku.” Mentang-mentang ada kawan orang jauh sampai ke bumi Britain nak jerit-jerit tepi telinga aku pulak.
“ Dec online, wei! Syoknya! Haha.” Lama kot tak chat dengan budak UK ni. Ingat lupa dah. Hatiku berbunga kembali. Eceh! Jiwang pulak.
Ek? Bila masa pulak aku kenal Dec tu? Cakap pasal deck skate ke, deck card ke aku tau lah. Haila, kawan. Durrah menggeleng. Macam dah parah.
By the way, that guy, terima atau tolak?” Sentap jugak kawan aku yang sorang ni kang.
“ Siapa?” Spectacular punya soalan dia bagi.
Tanya soalan budak darjah satu pulak. “ Far east lah kot.”
Patut dah boleh agak tadi. Nak suruh aku buat Die Hard versi aku pulak ke dia ni? “ Should’ve sense that, girl. Mana ada apalah aku dengan Ez. Kawan in bracket brother. Macam biasa je.” Jawapan kontra dengan realiti kot. Tia menggaru kepala yang tak gatal.
Main bracket bagai pulak minah ni. “ Takda istilah bracket tu semualah kalau dah suka, syok tu semua. If not, tell him the truthlah, girl.” Terangkat sebelah keningnya.
Tia mengangguk. Dah cakap pun. Dia tersenyum sendiri. Clichénya rasa. Kira bolehlah join Pretty Little Liar lepas ni. Berangan tak sudah! Boleh jugak kalau nak buat Siti di Alam Fantasi II. Tia tertawa kecil. Angan-angan Mat Jenin lah katakan. Durrah menggeleng.
“ Kalau dia tunggu lagi?”
Tia menjungkit bahu. “ Overdoselah aku camtu. Aku nak kena deal dengan orang punya heart. Silap-silap aku yang makan hati.”
Syam yang sedari tadi hanya mendengar sekadar mengangguk. Make sense jugak budak ni. “ Hati orang tak boleh buat main la, dear. Just yes or no. Kalau ada benda-benda kesian tu semua, istikharah je la.”
Tia menggaru kepala yang tak gatal. Kesian tu memang ada. Oh, hati! Tapi, istikharah macam… over je. Bukan nak kahwin pun. Tapi, tak salah jugak kalau buat. Macam nak suruh aku aktifkan neuron-neuron yang dah lama beku je, Syam ni. Ah, serabut!



Labels:




TAKE 1
3:05 pm


Matahari tinggi di langit.Angin terus-terusan menyapa tubuh.
Beb,last one!”
Dia berdiri tegak memandang ke tengah laut.
Set!” Durrah menjerit dari kanannya sambil menegakkan ibu jarinya. Tangannya laju mengklik butang pada Nikon DSLR D5200 miliknya. Peluh terasa menitik. Panas.
Perfect!” Syam bersorak.
“ Ni kira habis ke, wei? Gila hangat! Baju apa yang kau bagi aku sarung ni?” Peluh sudah membasahai dahinya.
“ Gila kau!360 degree berubah bila pakai gaun macam ni.Cun siot!” Durrah bersorak kuat.
Habis tu,dah kena ugut. Dahlah tengah hari rembang macam ni ajak aku shot. Nasib baik kawan je ni.
“ Muka dah macam tepung talam basilah kau ni, Tia. Senyum sikit. Kang lari mamat kat stage tu tengok kau camni.” Fifa dah sengih cun dia.
“ Gila kau! Aku dah tunggang terbalik kat sini dengan gaun yang korang culik entah dari mana, boleh pulak kau nak tunjuk sengih cun kau kat sini. Banyak cantik tapak kasut nenek kau. Ingat aku mannequin ke?” Tia menyatakan kononnya rasa tak puas hatinya.
Whatever la, Tia. Nak menjerit ke, mengilai ke, aku takde hal. Tapi memang gambar-gambar kau .. wow! Lost of words, beb. Nanti kita datang lagi, ek? Banyak lagi baju dalam almari rumah aku nak bagi kau pakai.” Durrah masih memegang Nikonnya.
“Baliklah,wei! Banyak cekadak betul. Tengah hari rembang buat kerja gila kat sini, skru longgar ke apa korang ni,hah? Aku lapar ni. Sebelum aku telan korang baik jalan sekarang!” Tia dah tak tahan sesak nafas sebab pakai gaun. Panas! Baru panas dunia ni.
Durrah, Syam dengan Fifa menurut dua tiga langkah di belakangnya. Amboi, Cinderella dah marah dah! Ketiga-tiga gadis itu sekadar tersenyum memandang Tia. Lain kali nak suruh je si Tia ni pakai gaun kalau keluar. Dah ayu bertambah ayu la. Hotstuff ni.


            Fiction – B2st berlagu dalam bilik. Memang make senselah Tia ni feminine habis. Korean tak habis. Nasib baik normal je. Maunya dia bawa virus kat semua orang dalam rumah tak haru namanya camtu. Syam menggeleng.
            “Wei!” Syam menyergah Tia yang leka dengan kerjanya yang entah apa-apa.
            Tercabut jugak jantung aku dengan mate camni. “Wei,jantung aku!” Marahlah konon. Nasib baik tak jadi ‘Once upon a time … ‘. Parah punya kawan. Main pick-a-boo pulak dengan aku.
            “Best je aku tengok kau layan lagu Korean tu. Mana perginya lagu-lagu sweet sugar kau tu? Takkan dah trash in kot?” Syam dah sedia nak gelak bila tengok wajah Tia yang merah, geram.
            “Cakap je lah kau jealous dengan kerjaya aku. Aku takdenya nak lipat kau dengan judo aku.” Kena jugak si Syam ni. Dalam hati dah gelak guling-guling.
            Eh,budak manja ni. “Takde maknanya aku nak jealouskan kau, Tia. Aku dah jumpa Mask of Zorro aku pun. Jealous tak main la kat sini, beb.”
            “Elegent gila ayat. Macam budak sastera kat fakulti bahasalah kau ni,wei! Tabik spring macam sarjan misai kat kau.”
            Tawa mereka pecah bersama. Berkawan sejak sekolah rendah, Syam memang dah tau perangai Tia macam mana. Memang dalam otak yang penuh chemical formula, ada terselit kerenah si Tia sepanjang mereka berkawan. Sesiapa pon senang berkawan dengan budak ni. Senang blend dengan situation kata orang.
            “Wei,Durrah dok buat apa? Aku boring dari tadi buat kerja ni. Jom out kejap! Makan aiskrim,nak?” Tia menunjukkan sulaman yang dah siap 1 per 2 tu dengan sengih yang cun.
            “Aiskrim lagi? Kau biar betul? Dua minggu ni kau asyik bantai aiskrim je, tak rasa nak muntah hijau ke? Boring kot.”
            Tia mengangkat kening. Macam perli je Syam ni. Kalau cakap nak belanja mesti dia lompat dah. Aku dah craving bagai kat sini setengah hari menghadap benda alah ni je. Berlubang jari aku yang cun ni kena jarum. Sikit punya hal lah menang dengan dia ni.
            “Tak nak sudah! Orang nak belanja merungut je lebih. Out dulu lah!” Dalam hati dah sengih syok. Mesti  Syam ikut.
            Ingat aku makan suap ke? “Pergi je lah. Aku dah tahap nak muntah berkaler asyik makan aiskrim je. Pergi lah kau sensorang.”
            Tia mencebik. Nasiblah badan. Hari ni kena keluar sensorang. Hoot!

Labels:




Karya ke
3:00 pm

Salam. hey. First time nak start tulis balik bila dah lama buang tulisan2 dulu. oyea!
 Ni pun tulis when friends encourage. Dorang cakap, " Daripada hang tulis baca sendiri,gelak sorang2, review sorang2, baik post benda ni kat mana2. Faedah la sikit."
Ni pun sebab ikut suggestion dorang. halaa! So, aku harap hampa enjoy la apa yang aku post. Semua ni takda kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

First of all. Apa yang aku tulis ni ada setengah tu experience, setengah tu apa yang aku tengok and the other half, imagination lah kan. Sebab aku ni banyak berangan so angan2 tu nak la aku buat jadi kisah kat sini.

Kisah first, mula2 ni nak bagi tajuk intro dulu. First Snow.

Enjoy!