TAKE 2
Tuesday, 12 February 20135:47 pm
Pelangi
menghiasi dada langit selepas hujan
renyai tadi. Senyuman terukir halus di bibir Ad. Dah lama jugak tak tengok pelangi. Cantik pulak.
“Sejak zaman
bila pulak kau minat dengan pelangi ni,Ad? Selama ni takdenya kau nak tercangak kat tingkap tu just for the pelangi. Kes baru ke?” Han dah tersengih tengok wajah
Ad berubah.
Ni saja nak
menyakat aku mangkuk ayun ni. “Saja
aku nak cari inspirasi nak melukis.”
Sengih Han masih
sama. Ceh! Ingat aku makan umpan ke? “Mesti teringat awek siang tadi kan? Macam ada minat je.”
Minat? Aku bukan
macam kau la Han. “Takde bendanya aku
nak minat dengan awek tu lah. Not in my kamus hiduplah minat segala
bagai. Aku bercinta dengan coffee je
lah. Aman damai bahagia.”
Aik,bila aku
sebut pasal cinta? Sah mamat yang sorang ni dah tangkap cintan dengan itu awek. Wohoo! “Bila pulak word cinta keluar dari mulut aku? Ni kes
berat,dude! Kau memang dah terjerat
lah ni maknanya,kan?”
Alamak! Gila!
Kena letrik volt berapa tadi? “Minat
yang kau usulkan kat aku tu bukan ke memang kau nak tanya pasal tu. Aku alah
sikit benda macam ni.” Aku mana kenal awek
tu,dude.
Gastrik pulak
dengar alasan si Romeo ni. Tak lama lagi Don Juan la tu. Muka no feeling langsung tapi hati dah goyah
la tu. Han mengukir segaris senyum buat Ad yang bermuka toya takde perasaan.
Coklat
Whittaker’s di tangan digigit sikit. Oh! Chocolate
crave! Patut borong banyak-banyak tadi. Tia menggumam sendiri.
“Hoi!” Durrah
menyergah Tia yang sibuk menghadap komputer ribanya. Sebenarnya sibuk makan
coklat.
“Apa la?” Tangan
memegang Whittaker’s yang dah tinggal separuh. Heaven giler dapat makan coklat malam-malam camni.Wohoo!
Hantu coklat
betullah minah sorang ni. Tak tengok kiri kanan langsung. Entah bismillah ke
tak ni. Durrah menggeleng. “Mintak sikit. Aku tengah crave ni.”
“Esok pi beli
lagi kat duty free.” Tia sudah
menjelirkan lidah pada Durrah. Mulutnya penuh dengan kekacang.
Durrah
menggeleng. Kedekut tak boleh pakai betul budak ni. Akhirnya Durrah sekadar
tersenyum. Perangai macam budak-budak. Pandangan Tia masih pada komputer
ribanya. Entah apa yang sedang dilakukannya Durrah sendiri tidak tahu. Paling
pun dia akan chat dengan kawan-kawan
jauhnya.
“Oh, Dec!”
tiba-tiba Tia menjerit. Lucky me today.
“ Oit! Apa
jerit-jerit ni? Pecah jugak spiral
telinga aku.” Mentang-mentang ada kawan orang jauh sampai ke bumi Britain nak
jerit-jerit tepi telinga aku pulak.
“ Dec online, wei! Syoknya! Haha.” Lama kot
tak chat dengan budak UK ni. Ingat
lupa dah. Hatiku berbunga kembali. Eceh! Jiwang pulak.
Ek? Bila masa
pulak aku kenal Dec tu? Cakap pasal deck
skate ke, deck card ke aku tau lah. Haila,
kawan. Durrah menggeleng. Macam dah parah.
“ By the way, that guy, terima atau
tolak?” Sentap jugak kawan aku yang
sorang ni kang.
“ Siapa?” Spectacular punya soalan dia bagi.
Tanya soalan
budak darjah satu pulak. “ Far east
lah kot.”
Patut dah boleh
agak tadi. Nak suruh aku buat Die Hard versi aku pulak ke dia ni? “ Should’ve sense that, girl. Mana ada
apalah aku dengan Ez. Kawan in bracket
brother. Macam biasa je.” Jawapan kontra dengan realiti kot. Tia menggaru
kepala yang tak gatal.
Main bracket
bagai pulak minah ni. “ Takda istilah bracket
tu semualah kalau dah suka, syok tu semua. If
not, tell him the truthlah, girl.” Terangkat sebelah keningnya.
Tia mengangguk.
Dah cakap pun. Dia tersenyum sendiri. Clichénya
rasa. Kira bolehlah join Pretty Little Liar lepas ni. Berangan tak sudah! Boleh
jugak kalau nak buat Siti di Alam Fantasi II. Tia tertawa kecil. Angan-angan
Mat Jenin lah katakan. Durrah menggeleng.
“ Kalau dia
tunggu lagi?”
Tia menjungkit
bahu. “ Overdoselah aku camtu. Aku nak
kena deal dengan orang punya heart. Silap-silap aku yang makan hati.”
Syam yang sedari
tadi hanya mendengar sekadar mengangguk. Make
sense jugak budak ni. “ Hati orang tak boleh buat main la, dear. Just yes or no. Kalau ada benda-benda kesian tu semua, istikharah je la.”
Tia menggaru
kepala yang tak gatal. Kesian tu memang ada. Oh, hati! Tapi, istikharah macam… over je. Bukan nak kahwin pun. Tapi, tak
salah jugak kalau buat. Macam nak suruh aku aktifkan neuron-neuron yang dah lama
beku je, Syam ni. Ah, serabut!
Labels: First Snow



